Cipta Impian ke Sekolah Berasrama bersama Sekolah Impian
Sertai Seminar Sekolah Impian
Tentang Sekolah Impian
Sekolah Impian merupakan pusat pembelajaran yang menyediakan kelas berkala, seminar persediaan dan bengkel pecutan untuk murid-murid dan pelajar menyiapkan diri menghadapi UKKM dan PKSK. Kami membantu pelajar atau murid membuat persediaan, memahami format peperiksaan dan teknik menjawab soalan. Ibu bapa juga boleh mendapatkan banyak ilmu, tip dan cara memohon ke sekolah impian anak-anak melalui telegram dan kumpulan wasap kami.
Kenali UKKM dan PKSK
UKKM
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) ialah ujian yang dijalankan oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk menilai kecenderungan dan keupayaan pelajar mengikuti program dan pembelajaran di MRSM. Sehingga kini, UKKM dijalankan pada setiap tahun dan melibatkan calon-calon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM.
Pada tahun 2022, 4 kertas wajib pelbagai format perlu diduduki oleh calon di maktab-maktab terpilih iaitu
• Keperibadian
• Bahasa Melayu
• Matematik
• Sains
UJIAN KHAS
• Ulul albab – hafazan
• IGCSE – open interview
• Teknikal – ujian berkomputer
PKSK
Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) ialah penilaian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menentukan kelayakan calon-calon bersekolah di sekolah berasrama @ sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).Pentaksiran ini dijalankan di sekolah-sekolah pusat peperiksaan terpilih.
Sertai Seminar PKSK dan UKKM bersama Sekolah Impian
Calon PERLU Sertai Seminar dan Bengkel Kenapa?
Berikut antara sebab anak anda perlu menghadiri seminar persediaan dan bengkel pecutan ke SEKOLAH IMPIAN.
Kenal Soalan
mengenalpasti dan memberi soalan contoh yang popular dalam ujian
Faham Format
memberi gambaran terperinci tentang format dan struktur ujian UKKM & PKSK
Teknik Jawab
mempelajari teknik dan tip menjawab soalan yang cepat dan cemerlang
Strategi Urus Masa
mempelajari strategi pengurusan masa dan menjawab pantas dengan cemerlang
Mendapat Keyakinan Diri
meningkatkan keyakinan diri menjawab penilaian melalui perkongsian pengalaman
Peluang Masuk Ke SEKOLAH IMPIAN
meningkatkan peluang untuk berjaya bersekolah di sekolah berasrama penuh seperti SBP dan MRSM
Gambar Program
Klik pada gambar untuk lihat paparan lebih jelas
Kisah Kejayaan Murid Sekolah Impian
Lihat video kisah kejayaan murid yang berjaya ke MRSM dan SBP setelah sertai seminar dan bengkel.
Salah seorang pelajar Nik Emir Qalif yang berjaya mendapat tawaran ke MRSM dan STAR Ipoh setelah sertai Program Sekolah Impian.
Sebelum Dapat Tawaran
Selepas Dapat Tawaran
Lihat maklum balas daripada ibu bapa tentang kejayaan anak ke SEKOLAH IMPIAN
Klik pada gambar untuk lihat paparan lebih jelas
Kejayaan pelajar dalam PKSK dan UKKM bermula dari Sini
Lebih
Lebih
Jom sertai bersama ribuan pelajar ke SEMINAR SEKOLAH IMPIAN Sekarang!
Sertai Seminar PKSK dan UKKM bersama Sekolah Impian
Soalan Lazim
Murid tahun 5 dan tahun 6 yang ingin buat persediaan masuk ke tingkatan 1 sekolah berasrama dan murid ting 3 yang ingin membuat persediaan masuk ke tingkatan 4 sekolah Berasrama.
Cara mendaftar hanya melalui website kami.
Murid mempelajari format, teknik menjawab dan tip cemerlang UKKM dan PKSK.
Cikgu Fara pembentang utama bersama beberapa guru-guru dan penceramah-penceramah jemputan pelbagai latar belakang.
Lazimnya, seminar dijalankan dalam masa 1 hari bagi 1 siri yang merangkumi pembelajaran pelbagai subjek.